Ahad, 6 Mei 2012

Laman Tatabahasa Melayu

Paparan hadapan laman Tatabahasa Melayu
Keterangan ringkas:
  • Berkesan, efektif, praktis, penyemakan segera dan terkini.
  • Tidak mendaftar dan membayar.
  • Sangat mudah diakses oleh guru dan pelajar.
  • Laman berinformasi - sesuai untuk pelajar yang baru belajar tatabahasa.
Sila muat turun panduan di sini: Laman Tatabahasa Melayu (1MB)

Disediakan oleh:
1. Pn Salumi Sipin (SK Pasir Puteh, Keningau)
2. Pn. Thecla Paun (SMK Gunsanad II, Keningau)

Sabtu, 5 Mei 2012

Children's Book Online

Salah satu paparan bahan bacaan di dalam "Children's Book Online".
Keterangan ringkas:
  • Sesuai digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di bilik darjah.
  • Sesuai untuk bahan bacaan di rumah.
  • Boleh digunakan untuk bahan bacaan bagi Program NILAM, khusus Bahasa Inggeris.
  • Menyediakan bahan bacaan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Penggunaan secara terus adalah percuma. Bagaimanapun bahan bacaan yang dimuat turun akan dikenakan bayaran.
Sila muat turun panduan di sini: Childrens's Book Online (2.6MB)

Disediakan oleh:
Azlina Abidin (GPSS. SK Pekan Keningau II)
Evelyn Noor (GPM SMK Sook, Keningau)
Sairahwati Mohd. Arun (GPSS SK Kampung Baru, Keningau)

Math Is Fun

Cetakan Skrin hadapan "Math Is Fun"
Keterangan Ringkas e-Bahan "Math Is Fun".
  • Mempunyai sumber yang pelbagai mengikut topik matematik sekolah rendah dan menengah.
  • Sesuai digunakan oleh guru  untuk membantu pelajar  rendah dan menengah menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik.
  • Terdapat gambar yang menarik.
  • Bahan pembelajaran di laman web ini boleh diakses secara percuma dan tidak perlu mendaftar keahlian.

Sila muat turun panduan di: MATH IS FUN (1.54MB)

Disediakan oleh:
Wong Hui Tzong
Princeston Cleovosky
Rusli bin Loli

Jumaat, 4 Mei 2012

Bengkel Penggunaan Bahan Sumber Pendidikan Berasaskan Web di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Gambar peserta bengkel bersama pembimbing
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat dan dinamik memberi kesan yang besar dalam pelaksanaan pembudayaannya (ICT) serta literasi maklumat di sekolah. Perkembangan ini turut mengubah lanskap pengurusan ICT, usaha Pembestarian Sekolah, Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan pelaksanaan program serta aktiviti galakan membaca dan kemahiran maklumat.

Justeru, GPB/GICT/GPM/GPSS  perlu mempunyai kompetensi untuk merealisasikan objektif serta peranan tersebut yang menjurus kepada pengurusan yang cemerlang bidang-bidang yang berkaitan langsung dengan mereka. Hal ini juga disebabkan merekalah satu-satunya agen perubahan ke arah pembudayaan penggunaan sumber pendidikan dan maklumat berasaskan teknologi ICT terkini di sekolah masing-masing.

Sehubungan itu, PKG Daerah Keningau telah mengambil daya usaha menganjurkan bengkel yang dinamakan Bengkel Penggunaan Bahan Sumber Pendidikan Berasaskan Web di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Bengkel ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 3-4 Mei 2012 bertempat di Bilik Trus Madi, PKG Daerah Keningau. Bengkel telah dihadiri oleh seramai 31 orang guru yang terdiri daripada GPB/GICT dan GPM/GPSS Daerah Keningau. Objektif dan tujuan bengkel ialah memberi pendedahan kepada guru-guru tentang sumber pendidikan yang banyak dan pelbagai di ruang siber/internet.

Semasa berbengkel dalam kelompok kecil (2-3 orang), para peserta dikehendaki mengenalpasti laman-laman web  yang menyediakan sumber pendidikan (Teaching & Learning Resources) yang boleh membantu guru di dalam pengajaran dan pembelajaran. Peserta seterusnya menyediakan panduan berbentuk gambaran ringkas tentang laman web tersebut untuk memudahkan guru-guru mengakses bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Pada akhir bengkel, para peserta telah membentangkan hasil bengkel masing-masing. Didapati bahawa ruang maya (siber) sememangnya banyak menyediakan bahan sumber pendidikan yang sangat menarik dan pelbagai untuk diterokai oleh para guru.

Kesemua hasil bengkel akan dimasukkan ke dalam blog ini sebagai panduan kepada warga guru, khususnya di Daerah Keningau.

Fasilitator bengkel adalah terdiri daripada En. Rafian Yahya (PKG Tenom) dan Encik Erwan Jail (PKG Keningau)